Selasa, 19 Oktober 2010

Kempen Sayangi Orang Utan

Assalamualaikum...
Hari ini nak cerita tentang aktiviti
Team SOUM mengadakan kempen
menyedarkan seluruh warga SK Parit Baharu
tentang pentingnya
SELAMATKAN ORANG UTAN
Tugasan pertama ialah menyediakan
RISALAH tentang SELAMATKAN ORANG UTAN.
Kerja ini yg mencabar sebab memerlukan
kami mendapatkan maklumat
tentang Orang Utan dan Cara
menyelamatkan & menyayangi Orang Utan
Setelah siap
RISALAH SELAMATKAN ORANG UTAN
maka team SOUM ini pun mula
mengadakan kempen serta mengedarkan risalah
Kepada guru-guru dan seluruh Kakitangan
Sekolah Kebangsaan Parit Baharu

Kami juga berpeluang untuk bercakap
kepada murid-murid sekolah rendah ini
tentang Kebaikan Menyelamatkan Orang Utan


Sambil berkempen kami menerangkan tentang
program kami didalam Pertandingan
Mereka Blog yang kami sertai..
Terima kasih diatas sokongan semua

Pengawal keselamatan pun kami
beri risalah dan terangkan
kebaikan menyelamatkan Orang Utan

Akhirnya kami tampalkan
beberapa risalah di papan kenyataan
seluruh sekolah untuk bacaan umum

Inilah kawan-kawan sekelas kami yang banyak
memberi sokongan, bantuan, semangat dan kerjasama.
Terima kasih semua.

Isnin, 18 Oktober 2010

Kita Mesti Sayangi Orang Utan

Kenapa ye?...

1. Spesies ini diancam kepupusan.
Jika kita terus mengabaikannya pasti suatu
hari nanti tiada lagi Orang Utan

2. Hanya ada di Malaysia sahaja
Wajar dikekalkan sebagai satu tarikan
dan tumpuan pengkaji hidupan dari
seluruh dunia.

3. Habitatnya terancam. Hutan diteroka
Banyak Orang Utan yang mati
kerana tidak mendapat makanan
dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran baru.

Oleh itu wahai kawan2 sekalian mari kita mengambil tindakan untuk MENYELAMATKAN ORANG UTAN

Sabtu, 16 Oktober 2010

Melawat Zoo Taiping

Assalamualaikum.... Kepada para pembaca blog ini semoga sihat sekalian. Pada Sabtu 15 Oktober 2010 kami team Selamatkan Orang Utan Malaysia ( SOUM ) telah berkesempatan melawan Zoo Taiping. Memang le harapan utama ingin mengkaji, melihat, memerhati dan memahami tabiat species Orang Utan. Agar kami lebih mengetahui bagaimana untuk mengekalkan agar Orang Utan akan kekal tanpa pupus dari dunia ini.

Rombongan kami bertolak pada pukul 6.30 pagi dari Sekolah Kebangsaan Parit Baharu
Di Zoo Taiping kami berpeluang melihat tabiat dan perlakuan sebenar Orang Utan



Ternyata amat penting bagi murid-murid seperti kami
wajar menghargai dan menyayangi orang utan agar ia
dapat terus wujud di bumi ini untuk
tatapan generasi masa depan.

Khamis, 14 Oktober 2010

Kenali Orang Utan Malaysia

Orang Utan tidak berekor dan mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil. Orang Hutan mempunyai lengan yang panjang dan kuat.



Bagi Orang Utan jantan, purata ukuran panjang kepala dan badan adalah lebih kurang 96cm (38.4 inci) ketinggian 137cm (54.8 inci) dan berat 75kg (165 lbs). Purata ketinggian Orang Utan betina adalah 80 - 85% daripada Orang Hutan jantan dan beratnya adalah 50% lebih ringan.
Orang Utan hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya buah pokok ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga. Orang Utan sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah. Orang Hutan hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal. Orang Utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan berduaan dengan Orang Utan betina pada musim mengawan. Pergaduhan jarang berlaku di antara Orang Utan jantan dan mereka jarang memonopoli kawasan kawalan. Jangka masa mengandung adalah dari 233-263 hari dan anaknya akan disusu selama beberapa tahun.

Orang Utan boleh di dapati di Borneo dan Sumatra dan tinggal di kawasan hutan tropika.

Punca kepupusan orang utan ialah :
Ladang-ladang kelapa sawit
Pembalakan
Perburuan haram
Perdagangan binatang kesayangan.
23 September 2005 Laporan bertajuk "Oil for Ape Scandal oleh Pertubuhan Friends of the Earth mendedahkan :
Tanpa campur tangan segera, perdagangan kelapa sawit boleh menyebabkan pupusnya spesies Orang Utan dalam masa 12 tahun.
Hampir 90 peratus habitat Orang Utan di Indonesia dan Malaysia telah musnah.
Beberapa orang pakar menganggarkan bahawa 5,000 Orang Utan pupus setiap tahun, kesan daripada keadaan itu.
Terdapat kurang daripada 60,000 Orang Utan yang hidup secara liar di Borneo dan Sumatera.
Pusat penyelamat Orang Utan di Indonesia "padat dengan bayi Orang Utan yang yatim piatu" yang diselamatkan dari hutan-hutan yang ditebangkan untuk perladangan kelapa sawit.
Kerajaan Indonesia bercadang untuk mewujudkan sebuah ladang kelapa sawit terbesar dunia di Borneo, iaitu di sepanjang sempadan dengan Malaysia, yang akan merentasi kawasan perlindungan orang utan.



Menggesa kerajaan Indonesia dan Malaysia menerima dan melaksanakan Deklarasi Kinshasa yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 10 September 2005 dan menamatkan penukaran kawasan habitat Orang Utan kepada ladang-ladang kelapa sawit. Kerajaan Indonesia telah menandatangani perjanjian itu tetapi kerajaan Malaysia belum menandatanganinya.